Saturday, October 6, 2007

harian metro 6hb

Eksklusif: Bukan dia!

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

> 'Muka tak sama'

KUALA LUMPUR: “Muka mereka (suspek) langsung tak sama,” kata seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang pernah menjadi mangsa cabul ‘lelaki kucing’ di Kampung Baru di sini, Jun lalu, ketika ditunjukkan lakaran wajah suspek kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, 8.

Wartawan Harian Metro yang mengunjungi rumah kanak-kanak itu di Kampung Baru, cuba mendapatkan kepastian sama ada wajah suspek lelaki dan wanita yang diedarkan polis Selasa lalu adalah individu sama yang menculik dan mencabulnya.

Mangsa yang kembali ceria mengambil masa kira-kira 30 saat untuk meneliti keratan akhbar sebelum benar-benar pasti gambar lelaki yang ditunjukkan itu bukan lelaki kucing.

Dia yang baru pulang dari tadika bagaimanapun termenung seolah-olah cuba mengingati semula kejadian ngeri yang menimpanya lebih tiga bulan lalu.

Kemudian, dia menggelengkan kepala selepas pasti lakaran wajah suspek terbabit berlainan dengan ‘lelaki kucing’ yang turut menculik dan mencabul seorang kanak-kanak lain di Kampung Baru.

“Bukan gambar ini, muka tak sama,” katanya dengan pasti buat kali kedua ketika ditemui di rumahnya di Jalan Mahadi, Kampung Baru, semalam.

Ibu mangsa yang berusia 37 tahun pula menyatakan dia dan suami mengambil masa agak lama untuk memulihkan semangat anak mereka yang trauma akibat tragedi itu.

Kini, dia bersyukur kerana anaknya pulih sepenuhnya dan mampu berbual seperti biasa.

“Sejurus kejadian, dia jadi pendiam dan sering rasa tak selamat hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Alhamdulillah, sekarang dia boleh bermain semula dengan rakan serta kembali ke tadika.

“Yang penting sekarang saya perlu mengambil langkah berhati-hati dan memastikan kejadian tidak berulang,” katanya sambil membelai rambut anak gadisnya itu.

Dalam kejadian 27 Jun lalu, kanak-kanak perempuan itu dibawa seorang lelaki yang menggunakan umpan kononnya meminta bantuan mangsa mencari kucingnya yang hilang dan berjanji memberi aiskrim berhampiran Tadika Perpaduan Islam Masjid Jamek Kampung Baru.

Mangsa sebelum itu menunggu ibunya datang menjemput kira-kira jam 11 pagi tetapi diculik lelaki bermotosikal terbabit.

Kanak-kanak itu dibawa ke sebuah rumah yang tidak diketahui lokasinya sebelum kemaluan disumbat dengan terung oleh lelaki terbabit manakala kaki dan tangannya diikat dan dikurung dalam rumah itu.

Mangsa ditemui ibunya dalam keadaan lesu serta tidak bermaya 100 meter dari tadika terbabit selepas lima jam mencari di sekitar Kampung Baru.

Difahamkan, mangsa memberitahu ibunya penculik terbabit memakai baju kuning serta topi keledar hitam.

Berikutan kejadian itu, mangsa dihantar ke wad kanak-kanak Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan akibat cedera di kemaluan.

Pada 3 Julai lalu, seorang kanak-kanak berusia lima tahun pula menjadi mangsa cabul lelaki yang juga menggunakan alasan sama iaitu mencari kucing.

Kanak-kanak perempuan terbabit dilarikan seorang lelaki sebelum ditinggalkan tidak jauh dari rumahnya di Jalan Raja Bot, Chow Kit.

Siasatan mendapati mangsa dilarikan suspek yang dikatakan memakai jaket hitam, berbaju putih dan berkaca mata ketika bermain bersama sepupu di depan kedai bapanya kira-kira jam 3.30 petang.

Suspek dikatakan berpura-pura meminta bantuan mangsa mencarikan kucing dengan memberikannya RM10, manakala sepupunya yang cuba menghalang dimarahi lalu berlari memasuki rumah.

Mangsa turut dikurung dan diikat dalam sebuah bilik dan dibebaskan selepas dicabul.

Lelaki kucing yang masih bebas sekali lagi dikesan muncul pada 15 September lalu apabila cuba memperdaya seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di pasar malam Setapak Jaya.

Lelaki terbabit mengajak mangsa memberi makan kucingnya di lombong berhampiran.

Kanak-kanak itu yang enggan mengikut lelaki terbabit lalu pulang ke rumah menceritakan kejadian berkenaan kepada ibunya.

Mulanya, suri rumah itu tidak mengesyaki apa-apa sehingga dua hari selepas itu, penemuan mayat Nurin Jazlin disiarkan media.

Ibunya membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.

> Tunggu analisis kad SIM

KUALA LUMPUR: Polis menunggu keputusan analisis kimia berkaitan kad modul pengenalan pelanggan (SIM) telefon bimbit yang dikeluarkan daripada perut wanita warga Indonesia (gambar) dipercayai suspek kes pembunuhan kanak-kanak perempuan, Nurin Jazlin Jazimin, 8.

Kelmarin, kad SIM itu dikeluarkan selepas hampir lima hari terpendam dalam perut wanita yang ditahan berhampiran sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Difahamkan, kad itu kini berada di Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cheras untuk proses analisis dan turut dipercayai boleh dijadikan sebagai bahan bukti utama berhubung kes pembunuhan terbabit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee, berkata pihaknya menghantar kad SIM itu untuk dianalisis dan masih menunggu keputusan penuh terutama berkaitan isi kandungannya.

“Pihak kami masih menunggu keputusan analisis kad SIM terbabit. Selain itu, proses siasatan berkaitan pembantu rumah terbabit masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan terbaru berkaitan kad SIM itu kerana bimbang ia akan mengganggu proses siasatan.

Police looking into several leads

Nurin Murder Probe: Police looking into several leads


KUALA LUMPUR: Police have intensified their investigations into the murder of Nurin Jazlin Jazimin.

Selangor police chief Datuk Khalid Abu Bakar said they were working on several leads and added that the task force formed to investigate the case was still in charge of investigations.

On the SIM card which was flushed out of an Indonesian woman, Khalid said the matter was still being investigated.

The SIM card, which the 23-year-old Indonesian woman swallowed when she was picked up in Nilai last week, is believed to hold vital clues to Nurin’s murder.

The suspect is believed to have sent text messages to Nurin’s father Jazimin Abdul Jalil and made calls to the RakanCop hotline to check on the progress of the case.
It was reported that the woman, who had been warded at University Malaya Medical Centre since last Saturday, had refused to eat any solids.

The SIM card is currently at the police forensics laboratory in Cheras where experts are trying to retrieve data from it.

The woman is now the only suspect in police custody in connection with the case.

Police picked up four men and a pregnant woman in Section 7, Shah Alam, on Sept 27 but all were released after it was established that they were not connected to the case.

Nurin, a Year Two pupil of Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, was reported missing on Aug 20.

Her sexually-ravaged body was found in a sports bag near a flight of stairs at a three-storey building in Petaling Utama on Sept 17.